fbpx

Jalan raya utama Forest City mendap 25 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALAN raya utama ke Forest City, Iskandar Puteri dilaporkan mendap melibatkan laluan sepanjang 25 meter.

ISKANDAR PUTERI – Kejadian tanah mendap yang dilaporkan berlaku di Jalan Forest City – Lebuh Tanjung Pelepas, di sini tidak melibatkan mangsa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 2.09 petang, hari ini.

Sehubungan itu katanya, seramai tujuh anggota beserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati telah berlaku kejadian tanah mendap melibatkan kawasan jalan raya utama sepanjang 25 meter.

“Anggota telah membuat pemantauan bagi memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum kawalan lalu lintas diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Hairulnizam, pihaknya menamatkan operasi daripada bomba ekoran ketiadaan mangsa pada 3.09 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI