fbpx

Tottenham bakal sengsara tanpa Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE masih belum membuat keputusan sama ada terus kekal bersama Spurs atau mencari destinasi baharu untuk kariernya. – AFP

LONDON – Pemain Tottenham Hotspur, Jamie O’Hara meluahkan kebimba­ngannya mengenai perancangan kelab tersebut untuk mendapatkan pengganti Harry Kane sekiranya penggempur itu berhijrah.

Laporan di Jerman menyebut, Bayern Munich masih belum berputus asa untuk mendapatkan khidmat Kane terutama apabila pihak pengurusan tertinggi kelab itu percaya mereka mampu menyelesaikan urusan perpindahan tersebut dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Bagaimanapun, laporan di England agak berbeza apabila Pengerusi Spurs, Daniel Levy tidak begitu menggalakkan Bayern atau mana-mana kelab lain untuk mendapatkan Kane dan masih berusaha untuk memujuk pemain itu menerima kontrak baharu yang bakal ditawarkan.

Menurut O’Hara, kebimba­ngan tersebut mempunyai asas kerana Spurs pernah berdepan situasi sama ketka melepaskan Dimitar Berbatov ke Manchester United pada 2008 ketika saat-saat akhir jendela perpindahan.

“Situasi itu (kehilangan Berbatov tersebut) benar-benar membuatkan kami dalam kea­daan kelam-kabut. Kehila­ngannya menjadi perkara yang besar untuk kelab apabila pe­ngurus ketika itu terpaksa menanggung akibat kerana dipecat ekoran prestasi pasukan merudum.

“Kami berdepan kesukaran tanpa Berbatov dan dia telah pergi ke Manchester United. Dia mahu meninggalkan Spurs untuk ke sana, tetapi ia me­ninggalkan kesan besar untuk kelab. Perkara itu yang saya bimbang akan berlaku sekali lagi.

“Jika Harry pergi, apa rancangan seterusnya? Bagaimana anda mahu membelanjakan wang? Siapa pemain yang akan dibawa masuk? Saya melihat Levy semakin sukar untuk mempertahankan Kane.

“Harry seorang pemain yang besar dalam pasukan dan Levy berterusan memintanya untuk menerima kontrak baharu. Jika dia enggan, kelab terpaksa melepaskannya dan saya bimbang tentang pengakhiran yang perlu dihadapi Spurs,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI