fbpx

Persiapkan ilmu, akidah elak ketegangan dalam negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari di Masjid Putra, malam ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Persiapan ilmu dan akidah amat penting dalam usaha memperkasa dan memperkukuh agenda Islam di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, persiapan ilmu juga penting bagi mengelak ketegangan panas dan ‘tajam’ dalam masyarakat.

Justeru, katanya, tradisi Islam sejak zaman Rasullullah SAW sentiasa mempersiapkan umat dengan ilmu malah, Islam boleh ditegakkan dengan ilmu dan amal serta bukan semata-mata dengan semangat jeritan.

“Kerajaan Perpaduan sentiasa membawa ulama-ulama besar ke negara ini bagi mempersiapkan umat Islam dengan ilmu dan akidah. Apa pun tafsiran orang luar, kita masih tekankan soal pendidikan dan kesedaran Islam malah, kita guna dana kerajaan untuk sebar risalah penting berkaitan Islam.

“Sebelum ini, kita bawa dua tokoh ulama besar dunia Islam, Mantan Mufti Agung Mesir, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari dan Pengasas serta Pengetua Dar Al Mustofa (Tarim, Yaman), Habib Umar Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.

“Malah, hari ini (malam ini) kita bawa pula Mufti India, Sheikh Abu Bakar Ahmad dan Ulama al-Azhar yang juga Penasihat Kepada Presiden Republik Arab Mesir (Hal Ehwal Agama), Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari,” katanya.

Beliau berkata demikian dihadapan 3,000 orang tetamu ketika melancarkan Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan 2023 di Masjid Putra, di sini malam ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI