fbpx

Pemancing udang jumpa mayat terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki disyaki warga asing yang ditemukan terapung di Sungai Kuang berhampiran Taman Desa Solehah, Mak Chili, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Penduduk Taman Desa Solehah, Mak Chili di sini gempar dengan penemuan mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Kuang berhampiran taman perumahan tersebut semalam.

Mayat lelaki disyaki warga asing tersebut ditemui sekumpulan pemancing udang pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu itu, mereka sedang menaiki bot untuk mencari lubuk memancing udang.

“Pada mulanya mereka menyangkakan objek yang terapung berhampiran rimbunan pokok nipah berkenaan hanyalah sisa kayu.

“Begitupun apabila didekati baru mereka menyedari ia sebenarnya mayat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, penemuan mayat tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada pihak polis.

Tambah beliau, setakat ini identiti mayat tersebut masih belum lagi dikenalpasti namun disyaki warga asing berdasarkan pakaian tradisional dipakainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI