fbpx

Payang Walk tarikan pelancongan terbaharu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (kanan) menaiki beca warisan selepas merasmikan Payang Walk di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Terengganu mempunyai tarikan pelancongan terbaharu iaitu Payang Walk yang berkonsepkan pusat sehenti produk makanan, kraftangan, kesenian dan kebudayaan Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Payang Walk beroperasi setiap Jumaat dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam bermula kelmarin.

Beliau berkata, tarikan terbaharu itu terletak pesisir muara Sungai Terengganu berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini.

“Payang Walk diinspirasi daripada tarikan pelancongan yang terdapat di Melaka, tetapi telah disesuaikan dengan budaya setempat.

“Antara tarikan utamanya ialah beca warisan yang telah dinaik taraf dan diperindahkan bagi menggamit kehadiran pelancong,” katanya selepas merasmikan Payang Walk di sini malam tadi.

Ahmad Samsuri berkata, 100 pengusaha makanan, dan kraftangan serta penggiat kebudayaan dan kesenian terlibat sebagai perintis Payang Walk.

Jelas beliau, antara persembahan kebudayaan dan kesenian tempatan yang ditampilkan di Payang Walk ini ialah rodat, wayang kulit dan dikir barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI