fbpx

Bizapp Ventures pertingkatkan kempen, inisiatif mengenai kepentingan kaedah pembayaran digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pemenang yang menerima hadiah cabutan bertuah anjuran kempen Bizzap Ventures di Cyberjaya baru-baru ini.

PETALING JAYA- Bizapp Ventures Sdn. Bhd. (Bizapp Ventures) telah menerima 3,000 penyertaan untuk kempen Go Cuba Bizappay with FPX yang telah dilancarkan bermula dari 15 September hingga 15 Februari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bizap Ventures, Mohd. Taib Pardi, daripada penyertaan tersebut, sebanyak 20 syarikat telah disenarai pendek  dan hanya tujuh syarikat yang terpilih ke peringkat akhir untuk menerima hadiah melalui cabutan bertuah.

Semua peserta telah diadili mengikut kriteria yang ditetapkan sepanjang kempen berlangsung.

“Kami bukan sahaja memberi sokongan kepada para peniaga baharu yang hendak mencuba Bizappay tetapi turut menanggung kos transaksi FPX sebanyak RM1 untuk mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Menerusi kempen tersebut, peserta berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Axia, enam unit iPhone 14 dengan nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM70,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Goreng Pisang Crispy (GPC) Network Sdn. Bhd., Hairul Hafizi Johari muncul sebagai pemenang utama sebuah kereta Perodua Axia dalam majlis penyampaian hadiah kempen ‘Go Cuba  Bizappay with FPX’ di sini baru-baru ini.

Mohd Taib juga menjelaskan, kempen yang disokong dan ditaja oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dengan kerjasama CommercePay (CAP) adalah salah satu inisiatif syarikat untuk memberi pendedahan pembayaran digital kepada komuniti pinggir bandar dan luar bandar.

“Kempen itu  bertujuan untuk mengubah pengguna Bizapp  daripada kaedah konvensional dan deposit tunai manual kepada penggunaan  mesin ATM yang diperkemaskan kepada kemudahan FPX tanpa tunai,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat telah berjaya membantu 700,000 pengguna sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2016.

“Sehingga kini,  pengguna Bizapp terus berkembang dengan nilai transaksi kasar (GMV) sebanyak RM3.8 billion.

“Kami juga terus mengorak langkah menawarkan sistem dalam talian yang dikenali sebagi Bizappay dalam usaha mempromosikan kaedah menerima dan membuat pembayaran perniagaan secara dalam talian,” terangnya.

Menurut Mohd. Taib, kaedah ini terbukti mampu membantu peniaga menerima pesanan dalam tempoh 24 jam tanpa henti dan pada masa sama ia turut membantu usahawan terhindar daripada penipuan (Scammer) di samping membuka peluang kepada para peniaga luar bandar mendapat kemudahan dan keselamatan yang sama. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI