fbpx

KPKT luluskan pelbagai peruntukan, naik taraf di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nga Kor Ming membuat Lawatan Kerja Rasmi di sekitar Taiping pada hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

TAIPING – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM51.5 juta untuk 15 PBT di Perak.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, selain itu tambahan peruntukan sebanyak RM11.5 juta turut diluluskan untuk menaik taraf Pasar Awam Tertua di negara ini.

“Dalam masa sama, sejumlah RM22 juta diperuntukkan bagi 39 projek menaik taraf membabitkan kemudahan Infrastruktur dan pembangunan di Daerah Taiping.

“Antaranya juga untuk membaik pulih Pasar Awam Aulong yang bernilai RM250,000, menaik taraf empat buah banglo rumah rehat Bukit Larut serta menaik taraf Dataran Warisan Taiping.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Kerja Rasmi di sekitar Taiping disini hari ini.

Menurutnya, kesemua projek naik taraf ini dilihat sebagai usaha penting untuk membantu penjanaan ekonomi setempat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI