fbpx

Bekas Pengurus Besar PPK nafi songlap RM64,550 projek lengkuas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi pegawai SPRM selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang Pegawai Ehwal Ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mengemukakan butiran palsu dan menerima suapan berkaitan projek lengkuas berjumlah RM64,550, sejak empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zairey Yahya, 42, mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, tertuduh sebagai Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Johor ketika itu telah mengemukakan butir matan palsu iaitu Sijil Perakuan Kesempurnaan bagi projek pembekalan dan menghantar alatan serta input pertanian projek lengkuas bernilai RM44,550 kepada Unit Kewangan LPP Negeri Johor antara Januari dan Mac 2020.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan jika dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Tertuduh yang kini bertugas di Ibu Pejabat LPP Kuala Lumpur turut didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM20,000 daripada seorang kontraktor pembersihan berusia 42 tahun berkaitan kerja-kerja pembersihan, penyediaan kawasan dan infrastruktur ladang bagi projek tanaman lengkuas.

Kesalahan itu dilakukan di parkir kereta Medan Selera Pekan Selandar dalam daerah Jasin pada 5 Mac 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM Seremban, Negeri Sembilan setiap bulan dan pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili tertuduh bagaimanapun membantah pertuduhan pertama dengan alasan pertuduhan tidak memasukkan lokasi kejadian yang mana boleh menimbulkan prejudis terhadap anak guamnya serta memberi kesan kepada bidang kuasa bicara mahkamah.

Hanif turut merayu jumlah jaminan rendah antara RM10,000 hingga RM15,000, namun mahkamah menolak bantahan peguam dan membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dipohon pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI