fbpx

Cuaca Kedah, Perak kekal panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik dan tiada hujan di kebanyakan kawasan di sekitar Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memberitahu, hujan lebat hanya melibatkan di bahagian persisiran pantai dan dijangka beransur reda sehingga tengah hari nanti,” ujarnya.

“Selain itu, keadaan cuaca panas dilaporkan berkurangan kerana hanya melibatkan dua kawasan di sekitar Semenanjung iaitu di Kedah (Kota Setar) dan Perak (Kuala Kangsar) yang dijangka menerima suhu harian maksimum 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

“Cuaca panas pada tahap berjaga-jaga ini juga melibatkan beberapa tempat di Sarawak (Mukah dan Selangau) dan Sabah (kota marudu),” ujarnya.

Dalam pada itu, cuaca hujan lebat, ribut petir dijangka berlaku di kawasan pedalaman kebanyakan negeri di sekitar Semenanjung tertumpu di bahagian Utara Semenanjung dan Johor pada sebelah petang nanti.

Sementara itu, cuaca buruk yang sama turut melibatkan kawasan Pedalaman di Sabah dan Sawarak (Limbang, Miri dan Kapit) yang dijangka berlaku pada petang nanti.

“Cuaca buruk ini boleh menyebabkan angin kencang, banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI