fbpx

Budak perempuan 2 tahun tertelan cincin ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurhanis menunjukkan cincin yang ditelan anaknya, Nur Syifaa Dahlia di rumah mereka di Felda Kerteh 4, Dungun hari ini.

DUNGUN – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas anak perempuan mereka berusia dua tahun tertelan sebentuk cincin di rumah mereka di Felda Kerteh 4 di sini pada semalam.

Anak mereka, Nur Syifaa Dahlia Mohd. Alif Zulfikar telah tertelan barangan kemas berkenaan pada pukul 1 pagi.

Nurhanis Junazeri, 21, berkata, dia dan dan suaminya, Mohd. Alif Zulfikar Sutling, 31, menyedarinya selepas mendapati anak mereka menghadapi kesukaran bernafas akibat tercekik cincin terbabit.

“Sebelum itu, saya dan Nur Syifaa Dahlia makan bersama di dapur. Saya tinggalkan dia sekejap untuk ke bilik sebelum mendapati dia sudah berada di ruang tamu dalam keadaan sukar bernafas.

“Anak saya menunjukkan lehernya dan pada mulanya kami ingatkan dia tercekik makanan sebelum diberitahu dia sebenarnya sudah tertelan cincin,” katanya ketika ditemui di Felda Kerteh 4 di sini hari ini.

Nurhanis berkata, dia dan suaminya kemudiannya bergegas membawa anaknya ke Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini.

Katanya, imbasan x-ray di hospital kemudiannya mengesahkan sebentuk cincin berada di dalam perut Nur Syifaa Dahlia.

“Kerisauan saya dan suami berakhir apabila cincin itu akhirnya berjaya dikeluarkan menerusi saluran najis pada pukul 12 tengah malam tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI