fbpx

5 hari terapung guna tong, 3 nelayan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang dijumpai selamat selepas lima hari terapung di laut menggunakan tong ikan.

MIRI – Tiga nelayan dijumpai selamat dengan terapung menggunakan tong ikan, selepas lima hari hilang apabila bot mereka karam di perairan Miri.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Mohd Shafie Paing berkata ketiga-tiga nelayan itu adalah daripada bot SFS34334, salah sebuah daripada dua bot nelayan yang dilaporkan karam di perairan Miri selepas dibadai ombak pada Selasa lalu.

“Ketiga-tiga mangsa dijumpai oleh kru kapal minyak kira-kira pukul 10.15 pagi tadi, berhampiran Pelantar Helang yang terletak 32 batu nautika dari Kuala Baram. Mereka dijumpai terapung di dalam dua tong ikan,” katanya pada sidang media di Jeti Marina Bay di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa turut mengalami kecederaan kulit menggelupas dan telah dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan, manakala usaha mencari seorang lagi mangsa sedang giat dilakukan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI