fbpx

12 diberkas kes sogok seludup, lupus sisik tenggiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERUS – Kertas siasatan berhubung Op Jaguar yang menyasarkan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling bernilai RM23.4 juta akan disiapkan dalam masa dua minggu.

Ketua Pesuruhjaya, Suruhahjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua suspek berjaya diberkas termasuk seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an semalam.

“Kita menangkap 12 orang termasuk dua daripada agensi penguat kuasa berkaitan pelupusan sisik tenggiling seberat 1.8 tan.

“Ini melibatkan sindiket antarabangsa membabitkan ejen dan pihak penguat kuasa yang bersekongkol melupuskan sisik tenggiling,” katanya di sini hari ini.

Azam berkata, Op Jaguar dilancarkan selepas mendapat aduan daripada pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hidupan liar yang dilindungi.

Tambah beliau, siasatan awal percaya wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam pelupusan sisik tenggiling yang merupakan spieses haiwan terancam.

“Penemuan terbaharu (mendapati) ada lagi empat tan yang cuba dilupuskan, tetapi kami dapat tahan,” katanya.

Sebelum ini, SPRM menahan empat lelaki berkaitan kes sogokan dipercayai menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling serta terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.– KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI