fbpx

PRN: Nik Omar tidak bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Omar

IPOH – Selepas dua kali kecundang dalam pilihan raya, Nik Omar Nik Abdul Aziz dilihat tidak akan bertanding untuk pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu selesa memberi laluan kepada orang lain sekalipun kini telah menjadi penduduk negeri Selangor iaitu kubu kuat Pakatan Harapan (PH).

Beliau membayangkan dirinya tidak terus mendapat tempat dalam politik di negeri itu bagi memperolehi tiket bertanding yang mengikut ramalan sangat cerah dimenangi oleh setiap calon PH.

“Masih baru berpindah ke Selangor. Yang keduanya, kita beri ruang kepada orang lain pula. Kita tengok bagaimana untuk pilihan raya yang akan datang.

“Kalau pihak Amanah ataupun PH yang beritahu tiada senarai, memang betul la itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Ustaz Sulam: Sebuah Potret Ulama Kampung di sini semalam.

PH Kelantan sebelum ini dilaporkan tidak menyenaraikan Nik Omar dalam senarai utama cadangan calon PRN.. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI