fbpx

NASA temui asteroid emas miliki 10 kali kekayaan Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asteroid16 Psyche dipercayai mempunyai pusat nikel, besi dan emas yang kaya dengan logam. – NASA

CAPE CANAVERAL, FLORIDA – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dalam proses memuktamadkan rancangan untuk mendarat di sebuah asteroid bernilai AS$10,000 kuadrilion (RM45,600 kuadrilion) hujung tahun ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Saintis-saintis berhasrat untuk mengkaji batuan angkasa itu yang didakwa berharga 10 kali ganda daripada ekonomi dunia.

Asteroid dinamakan 16 Psyche itu mengorbit Matahari antara Marikh dan Musytari dan terbina daripada  nikel, besi dan emas.

Pasukan  jurutera dan juruteknik di Cape Canaveral, Florida masih melakukan persiapan  pelancaran misi tersebut. Misi untuk melakukan pendaratan di asteroid 16 Psyche dijangka dilancarkan pada 5 Oktober 2023.

Menurut akhbar Metro UK, pasukan misi tersebut baru-baru ini melengkapkan  ujian komprehensif perisian pesawat dan memasangnya pada kapal angkasa.

“Tumpuan kami  beralih kepada menyelesaikan persiapan mekanikal terakhir dan menyediakan pasukan untuk operasi.

“Pasukan ini juga sedang menjalankan pelbagai aktiviti latihan untuk memastikan kami bersedia. Ia adalah  masa yang sangat sibuk tetapi semua orang sangat teruja dan menantikan pelancaran ini,” kata Pengurus Projek Psyche di Makmal Pendorong Jet Nasa California Selatan, Henry Stone. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI