fbpx

‘Bebola api’ terangi langit sebelum terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asteroid itu dilaporkan jatuh di luar Berlin pada pagi kelmarin. - michaelaye/X

BERLIN – Sebuah ‘bebola api’ dikesan menerangi langit Jerman sebelum ia terhempas ke Bumi pada awal pagi kelmarin, lapor akhbar New York Post.

Ahli-ahli astronomi mengesahkan bahawa Asteroid 2024 BX1 atau dinamakan Sar2736 buat sementara waktu, terhempas di luar Berlin berhampiran bandar Nennhausen sekitar pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).

Kesatuan Astronomi Antarabangsa melaporkan bahawa asteroid itu pada awalnya dikesan oleh seorang ahli astronomi dari Hungary, Krisztian Sarneczky, beberapa jam sebelum ia terhempas.

Penemuan asteroid itu turut disahkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sekitar 20 minit sebelum kejadian.

Orang ramai dilaporkan memuat naik rakaman kejadian di mana batuan angkasa lepas itu jatuh dari langit di media sosial.

Insiden itu merupakan kali kelapan di mana sebuah asteroid dikesan sebelum jatuh ke Bumi dan kali ketiga ditemui oleh Sarneczky. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI