fbpx

Aktiviti harian terhenti ketika gerhana matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERHANA matahari penuh disaksikan di Wapakoneta, Ohio semalam. - Foto AFP

WASHINGTON – Gerhana matahari penuh menyebabkan berjuta-juta penduduk Amerika Syarikat (AS) menghentikan pekerjaan dan kelas serta berkumpul di jalanan dan bumbung untuk melihat fenomena yang jarang berlaku itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penduduk di Maine dapat melihat gerhana penuh itu yang berlaku pada pukul 3.32 petang (waktu tempatan).

Gerhana separa pula dapat dilihat di Caribou, juga di Maine pada pukul 4.40 petang (waktu tempatan).

Pekan-pekan peranginan tepi pantai Mexico, Mazatlan menjadi lokasi tontonan gerhana matahari pertama yang menyebabkan keadaan menjadi gelap apabila fenomena itu berlaku.

Ia bermula di Mexico dan bergerak melalui Texas, seterusnya ke New England sebelum berakhir di Kanada.

Gerhana matahari dapat dilihat sekitar pukul 11.07 pagi (waktu tempatan) dan hadir selama 4 minit dan 17 saat, demikian menurut Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Liputan puncak berlaku pada pukul 3.25 petang (waktu tempatan), kira-kira 80 minit selepas gerhana matahari bermula sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan).

Dalam pada itu, meskipun orang ramai terpesona dengan kejadian tersebut, gerhana matahari telah menyebabkan haiwan-haiwan di zoo sekitar AS menjadi huru-hara.

Haiwan- haiwan di Zoo Dallas seperti zirafah, kuda belang dan burung unta mengeluarkan bunyi seperti ketakutan serta berlari mencari perlindungan apabila langit menjadi semakin gelap.

Jabatan Pengangkutan Texas pula melaporkan beberapa kemalangan berlaku di sepanjang laluan di Waco yang mengakibatkan kelewatan lalu lintas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI