fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negara, pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik hampir di setiap negeri, pagi ini.

Menurut hantaran di laman Facebook MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 12 tengah hari, hari ini.

“Di Kedah, cuaca buruk diramal berlaku di Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar. Di Negeri Sembilan pula, hujan lebat diramal berlaku hanya di satu daerah iaitu di Port Dickson.

“Di Johor pula, hujan lebat bakal melanda Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya menerusi hantaran sama.

Menurut MetMalaysia, maran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI