fbpx

Sindiket judi dalam talian di P. Pinang tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

BALIK PULAU – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian yang menyasarkan pelanggan dari Nepal selepas menahan lima lelaki termasuk seorang lelaki warga asing dalam tiga serbuan di lokasi berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Pulau Pinang bersama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Barat Daya dan Timur Laut telah membuat tiga serbuan di dalam daerah Barat Daya dan Timur Laut, kira-kira pukul 7.30 petang.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di kawasan Persiaran Pantai Jerjak Bayan Lepas.

“Hasil serbuan, polis telah berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warganegara asing berusia 30 hingga 41 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan aktiviti pelaburan dan perjudian di atas talian,” katanya di sini malam ini.

Kamarul.

Menurutnya, pemeriksaan awal di premis mendapati ia mengandungi unsur-unsur judi di atas talian menggunakan pautan ‘bwc88nep.com’ dan ‘merc.adminbwc88ags.com’.

“Kemudian, kira-kira pukul 10.35 malam, serbuan kedua dijalankan di sebuah rumah di kawasan Jelutong dan polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun.

“Selepas itu, kira-kira pukul 11.30 malam serbuan ketiga telah dibuat di sebuah premis pejabat di kawasan Jelutong.

“Premis ini dipercayai dijadikan lokasi untuk untuk operasi mencipta iklan (graphic designing), pengedaran iklan (flashing dalam media sosial Facebook), penyediaan platform perjudian “bwc88nep.com” dan “merc.adminbwc88ags.com” ke negara seperti Nepal, Singapura dan Malaysia,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan di permis tersebut turut menjumpai pelbagai peralatan antaranya satu set mesin disyaki mining machine crypto, komputer riba pelbagai jenama, monitor komputer pelbagai jenama, telefon bimbit pelbagai jenama dan lain-lain.

Dalam pada itu, katanya, hasil siasatan awal mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti judi di atas talian dengan menyasarkan pelanggan dari Nepal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI