fbpx

Saravanan tawar diri untuk bertanding DUN Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (dua kiri) tawar diri untuk bertanding kerusi DUN Nilai pada PRN Negeri Sembilan.

NILAI – Bekas Naib Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti), Datuk V. Saravanan Kumar, tawar diri untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut Saravanan, beliu yang merupakan anak jati kawasan itu menawarkan diri sebagai calon atas tiket parti Perikatan Nasional (PN).

Katanya, beliau telah memahami bahawa politik merupakan platform yang terbaik untuk memastikan masyarakat dibantu dan diperjuangkan nasib mereka secara menyeluruh.

“Kalau diberikan mandat kepada kita untuk bertanding atas tiket PN untuk DUN Nilai, saya yakin dan berjanji akan membuat yang sepatutnya atau wajar yang diperlukan di DUN Nilai ini,” katanya ketika sidang akhbar di Dewan SPS Little Chennai di sini hari ini.

Tambahnya, antara yang beliau pernah buat di Nilai ialah mobile vaksin terbesar di Negeri Sembilan ketika Covid melanda negara sebelum ini.

“Lima bulan lalu saya telah dipelawa oleh pimpinan PN untuk menyertai dan kami telah mengadakan pelbagai perbincangan berkenaan kerusi di DUN Nilai ini. Jadi bila saya ditawarkan untuk menyertai PN ini dan penawaran yang diberikan PN agak munasabah dan menarik,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI