fbpx

Pas anggap pendakwaan Sanusi bagi lumpuhkan kempen PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong parti gabungan berkenaan hadir di Mahkamah Selayang tanda sokongan kepada Sanusi.

GOMBAK – Pemimpin Parti Islam Se Malaysia (Pas) menganggap tindakan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor adalah disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim berkata, ia adalah klimaks untuk ‘melumpuhkan’ Pas dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRN tidak lama lagi.

“Kita serah kepada proses undang-undang. Tidak ada masalah cuma kita nak bagi sokongan solidariti di atas pentas politik yang kita tengah hadapi PRN enam negeri ini yang jadi klimaks.

“Kita tengok sekarang di Kedah punca kepada ini disebabkan oleh PRN,” ujar beliau ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini.

Turut hadir hari ini, Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abdul Ghani Ahmad, Ahli Parlimen Besut Dan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Lebih 50 penyokong dilihat hadir menunggu di luar mahkamah sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap Sanusi.

Pada masa sama, Awang berkata, pertuduhan terhadap Sanusi adalah satu pengajaran kepada dirinya dan semua pemimpin gabungan berkenaan.

“Benda sudah terlajak dan ini mungkin pengajaran buat masa depan untuk semua. Pengajaran bukan untuk Sanusi sahaja dan dia juga sudah meminta maaf,” katanya.

Jelas Awang lagi, pemimpin Pas yang diheret ke mahkamah adalah merupakan perkara biasa yang berlaku.

“Ini proses undang-undang, bukan kali pertama yang kita hadapi daripada dahulu lagi sehingga ada yang terkorban,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI