fbpx

Newcastle sedia pecah rekod kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KVARATSKHELIA berjaya membantu Napoli muncul juara Serie A musim lalu menyebabkan kelibatnya dipantau Newcastle. - AFP

NEWCASTLE – Newcastle United dilaporkan bersedia memecahkan rekod perpindahan kelab itu dengan mengemukakan tawaran bernilai £82 juta (RM488.52 juta) buat pemain sayap Napoli, Khvicha Kvaratskhelia.

Bintang muda Georgia berusia 22 tahun itu adalah salah seorang pemain penting yang berjaya membantu Napoli menjuarai saingan Serie A musim lalu sekali gus menamatkan kejuaraan liga domestik sejuak 1990.

Kelincahan dan kemahiran teknikalnya ketika membawa bola sehingga mendapat gelaran ‘Kvaradona’ kerana mirip gaya permainan legenda Napoli dan Argentina, mendiang Diego Maradona.

Berdasarkan laporan akhbar Itali, Corriere dello Sport, The Magpies telah pun membuat tawaran tersebut dan sedang menanti keputusan daripada Napoli sama ada berminat untuk meneruskan urusan perpindahan itu.

Difahamkan, Napoli kini dalam dilema disebabkan tawaran menarik tersebut memandangkan mereka tidak berhajat menjual Kvaratskhelia yang masih berbaki empat tahun di Naples.

Sebagai rekod, Kvaratskhelia menyertai The Partenopei daripada kelab Georgia, Dinamo Batumi dengan yuran perpindahan antara £8 juta (RM47.66 juta) hingga £11 juta (RM65.53 juta) musim lalu.

Jika perpindahan itu direalisasikan, ia bakal memecahkan rekod perpindahan termahal Newcastle dipegang penyerang Sweden, Alexander Isak dibeli daripada Real Sociedad dengan harga £63 juta (RM375.33 juta) musim lalu.

Setakat ini, skuad bimbingan Eddie Howe itu baru menandatangani seorang pemain iaitu Sandro Tonalli daripada AC Milan dan kini turut memburu pemain sayap Leicester City, Harvey Barnes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI