fbpx

Kumpul minyak masak terpakai, tambah sumber pendapatan – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (dua kiri) ketika mendengar taklimat ketika majlis pelancaran program pengumpulan minyak masak terpakai, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan komited membangunkan industri sawit negara dengan menambah baik kehidupan pengusaha, pekebun kecil dan rakyat melalui pengumpulan minyak masak terpakai sebagai satu sumber pendapatan tambahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, inisiatif itu amat penting tatkala industri sawit negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata, kementerian dengan kerjasama Petronas melaksanakan program pengumpulan minyak masak sebagai salah satu sumber bahan mentah utama menghasilkan biobahan api penerbangan lestari atau sustainable aviation fuel (SAF).

“Inisiatif ini bukan sahaja mampu menyahut aspirasi matlamat kelestarian malah, memberi impak positif kepada harga minyak sawit dan seterusnya meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

“Seperti sedia maklum, minyak masak yang dipakai untuk menggoreng berulang kali tidak disarankan untuk terus digunakan kerana boleh memudaratkan kesihatan,” katanya pada majlis pelancaran program pengumpulan minyak masak terpakai, di sini hari ini.

Justeru, katanya, minyak masak terpakai tersebut perlu diuruskan dengan baik dan tidak dibuang ke dalam singki atau longkang atau dibungkus ke dalam plastik dan dimasukkan ke tong sampah.

Fadillah berkata, tindakan ini akan menyebabkan berlakunya insiden paip tersumbat yang akhirnya memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih.

Menurutnya, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menjadikan amalan kitar semula minyak masak terpakai sebagai salah satu langkah bijak dalam menguruskan sisa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI