fbpx

DAP Perak gesa SPRM siasat penamatan LOI bekal kenderaan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (tengah) bergambar selepas sidang akhbar isu saman terhadap kerajaan berhubung tender membekalkan kenderaan di Bangunan SPRM di Meru, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – DAP Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung penamatan surat hasrat (LOI) bagi membekalkan kenderaan kerajaan yang didakwa mempunyai elemen rasuah.

Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak, Steven Tiw Tee Siang berkata, siasatan terperinci perlu dijalankan bagi melihat sekiranya wujud campur tangan mana-mana pihak bagi kes berkenaan.

“Kontrak itu ditamatkan dan diberi kepada syarikat Spanco yang lebih mahal daripada kontrak asal iaitu RM700 juta,” dakwanya pada sidang akhbar di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini hari ini.

Semalam, syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan LOI yang ditawarkan kepada syarikat JV itu.

Tee Siang mendakwa, pendedahan Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan menunjukkan terdapat ketidakpatuhan penamatan kontrak oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dakwa beliau, syarikat JV Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza yang ditawarkan kontrak itu merupakan pembida terendah berbanding syarikat lain ketika itu.

“Kenyataan Vincent itu amat jelas mengatakan kontrak pembekalan kenderaan kerajaan ditamatkan tiga bulan selepas langkah Sheraton yang diketuai Muhyiddin,” dakwanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI