fbpx

Suspek bunuh isteri dituduh di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MANJUNG – Suspek kes bunuh seorang wanita di sebuah rumah di kawasan Kg. Bharu, Sitiawan di sini baru-baru ini akan dituduh di Mahkamah Majistret Seri Manjung esok.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya Ipoh hari ini.

“Arahannya adalah setuju untuk tuduh suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum mati.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 18 Julai (esok) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media pada minggu lalu melaporkan suspek berusia 28 tahun bertindak membakar isterinya gara-gara tidak berpuas hati kerana dituduh menghisap dadah.

Susulan itu, suspek suspek telah ditahan di sebuah restoran di Lumut beserta barang rampasan kira-kira pukul 11 malam Selasa lalu sebelum direman selama seminggu bermula keesokan harinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI