fbpx

Sanusi tidak layak terus jadi MB Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz bersama nelayan yang menerima sumbangan pada Program Ramah Mesra Madani Libat Urus Pengerusi LKIM bersama Nelayan di Jeti Pendaratan Ikan Seberang Kota di Kuala Kedah, hari ini.

ALOR SETAR – Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak layak untuk terus menjadi Menteri Besar berikutan tindakannya yang didakwa memperlekehkan Sultan Selangor dalam satu siri ceramah, baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa perkara itu belum selesai jelas menunjukkan betapa seriusnya perbuatan Muhammad Sanusi dalam isu tersebut.

Tegasnya, Muhammad Sanusi gagal menunjukkan kepimpinan melalui tauladan supaya rakyat terus menjunjung dan menghormati institusi diraja yang menjadi tonggak kepada negara ini.

“Saya fikir ucapan sedemikian amat serius kesannya dan perlu ada siasatan menyeluruh dijalankan bagi membawa beliau ke muka pengadilan. Di mahkamah nanti, beliau ada hak untuk mempertahankan dirinya tetapi jika siasatan menunjukkan terdapat prima facie, perlu ada pendakwaan dijalankan sebagai satu bentuk pengajaran terhadap beliau.

“Pohon maaf bukan satu penyelesaian dan tindakan sedemikian tidak akan mendidik rakyat untuk mematuhi undang-undang. Bagi saya Muhammad Sanusi tidak layak jadi Menteri Besar atau pemimpin politik dan eloklah beliau bersara kerana sebagai pemimpin, seharusnya seseorang individu itu perlu sentiasa seiring dengan Sultan mana-mana negeri sekali pun,” katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesar Madani, Libat Urus Pengerusi LKIM Bersama Nelayan di Jeti Pendaratan Ikan Seberang Kota di Kuala Kedah, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad Faiz berkata, Muhammad Sanusi juga pernah mengeluarkan kenyataan seakan menghina Yang di-Pertuan Agong apabila mempertikaikan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang kononnya tidak dititahkan baginda dalam satu siri ceramahnya sebelum ini.

Tambahnya, Muhammad Sanusi tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain kerana kononnya mempolitikkan hal tersebut sedangkan beliau sendiri yang berucap sedemikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI