fbpx

3,410 Rumah Mesra Rakyat dibina seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah (kiri) meninjau salah sebuah rumah projek itu di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, hari ini.

SABAK BERNAM – Sebanyak 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedang dalam proses pembinaan di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pembinaan itu melibatkan subsidi berjumlah RM20,000 yang disalurkan kerajaan bagi setiap unit kediaman.

Katanya, Negeri Sembilan merekodkan projek pembinaan RMR tertinggi iaitu sebanyak 585 unit setakat ini.

“Jumlah itu diikuti Melaka yang meliputi 406 projek manakala Johor pula 405 projek yang sedang dalam pembinaan.

“Bagi Selangor, sebanyak 292 unit RMR sudah dikenal pasti bagi projek tersebut,” katanya pada sidang akhbar Program Lawatan Tapak Projek RMR di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan di sini, hari ini.

Bulan lalu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM358 juta untuk membina 4,250 unit RMR di seluruh negara.

Menterinya, Nga Kor Ming memaklumkan langkah itu bagi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memiliki kediaman sendiri bermula RM55,000 sehingga RM75,000 mengikut kategori masing-masing.

Jelas Akmal Nasrullah, SPNB menerima sebanyak 87,687 permohonan daripada rakyat untuk memiliki kediaman sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI