fbpx

Ramai orang Kedah kerja di P. Pinang – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika Sesi Bual Bicara Komuniti TVET bersama Perdana Menteri di Program Sentuhan Kasih Desa Pulau Pinang di Kepala Batas, hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Ramai orang Kedah memilih Pulau Pinang sebagai lubuk mencari sumber rezeki berikutan kemajuan yang telah direkodkan di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negeri yang dijaga baik Ketua Menteri, Chow Kon Yeow itu telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat termasuk penduduk negeri Kedah.

“Khususnya di Pulau Pinang, pelaburan yang tinggi, kecekapan, pentadbiran serta industrinya telah memberi peluang pekerjaan kepada orang Kedah mai (datang) kerja di Pulau Pinang. Sebab lebih mahu di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Bual Bicara Komuniti TVET Bersama Perdana Menteri, Program Sentuhan Kasih Desa Pulau Pinang di Bertam, Kepala Batas, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tiada alasan penduduk Pulau Pinang mahu menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Ogos depan.

“Kalau Kon Yeow bekerja dengan baik, tidak ada cerita sakau, tidak ada cerita zalim dan menindas, bagi lah sokongan kepada beliau supaya kita antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat dapat bekerjasama dengan baik,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI