fbpx

60 peratus penagih dadah tinggal bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar (empat dari kanan) menyantuni penduduk setempat di Lenggong hari ini. - Foto IHSAN AADK

LENGGONG – Usaha membanteras isu penagihan dadah tidak hanya terletak kepada agensi penguat kuasa seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), sebaliknya perlu digerakkan secara bersama khususnya komuniti setempat dan keluarga.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah menyeluruh itu adalah bagi memastikan isu tersebut dapat dikawal secara komprehensif dan bersasar.

Beliau berkata, data kajian Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2020 mendapati sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penagih dadah masih tinggal bersama keluarga.

“Kajian itu juga menunjukkan setiap 100 belia di negara ini, enam daripada mereka mengaku pernah mengambil dadah. Empat belia pula mengaku masih aktif menghisap dadah pada tempoh kajian dijalankan.

“Ini yang amat membimbangkan semua pihak dan memerlukan tindakan kolaboratif baik kerajaan, pihak berkuasa lain, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan keluarga,” katanya ketika berucap merasmikan Program Hari AADK Bertemu Masyarakat bersama YB TMDN di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dan tepat perlu digerakkan bagi memastikan tindakan seperti pencegahan awal dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti penagihan dapat dibendung.

Selain itu, katanya, aktiviti yang bersasar seperti yang dijayakan hari ini iaitu Program Ride Against Drugs 3.0 @ Lenggong, pertandingan futsal dan bola jaring antara usaha yang boleh diteruskan untuk menarik minat golongan muda menggayakan aktiviti sihat.

“AADK menganggarkan 1.09 rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti penagihan dadah dan daripada jumlah itu, seramai 1,051,712 adalah lelaki manakala wanita pula berjumlah 45,696.

“Lebih membimbangkan, kebanyakan golongan yang terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat ini adalah golongan belia yang berumur 15 hingga 29 tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI