fbpx

Jabeur, Vondrousova ke final Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JABEUR mara ke pentas final Wimbledon buat kali kedua berturut-turut dan berpeluang untuk menebus kekecewaan sekadar muncul naib juara musim lalu. - AFP

LONDON – Jaguh tenis Tunisia, Ons Jabeur dan Marketa Vondrousova (Republik Czech) bakal membuat perhitungan pada pentas final Kejohanan Wimbledon malam ini selepas menewaskan lawan masing-masing.

Pemain nombor enam dunia dari Tunisia, Jabeur membuktikan dia layak untuk ke pentas final Grand Slam tersebut selepas bangkit daripada ketinggalan satu perlawanan sebelum berjaya mengatasi pemain ranking No.2 dunia dari Belarus, Aryna Sabalenka 6-7, 6-4, 6-3.

Kemenangan tersebut sekali gus memastikannya Jabeur sekali lagi mengulangi pencapaian musim lalu mara ke pentas final kedua berturut-turutnya di kejohanan itu.

“Saya sangat berbangga dengan diri sendiri kerana mungkin saya yang sudah berusia akan kalah dalam perlawanan hari ini. Tetapi, saya berjaya melakukan dengan baik dan bertahan untuk mencari kekuatan.

“Saya gembira kerana saya kekal dalam perlawanan itu dan terus mempamerkan peningkatkan walaupun tewas pada set pertama perlawanan,” kata Jabeur.

Kelmarin, Jabeur berjaya mengatasi pemain Kazakhstan, Elena Rybakina di peringkat suku akhir yang sebelum ini mengatasinya di pentas final Wimbledon musim lalu.

Hasil kemenangan tersebut, Jabeur akan berdepan Vondrousova selepas pemain berusia 24 tahun itu berjaya menamatkan cabaran Elina Svitolina dengan kemenangan selesa 6-3, 6-3 sekali gus menjadi pemain bukan pilihan pertama mara ke final dalam tempoh 60 tahun.

“Semestinya saya tidak percaya berjaya melakukannya. Saya sangat gembira kerana saya berjaya lolos ke pentas final. Svitolina adalah seorang pejuang dan seorang yang hebat,” kata Vondrousova. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI