fbpx

Festival muzik dibatalkan selepas pekerja maut terkena ‘water jet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang tiket konsert itu akan dikembalikan kepada pengunjung. - Mothership

TOKYO – Sebuah festival muzik dijadualkan berlangsung hari ini dan esok (15 & 16 Julai) di Osaka, Jepun dibatalkan susulan kemalangan maut melibatkan seorang kakitangan semalam, lapor laman berita Mothership.

Seorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja di lokasi festival muzik Waterbomb itu maut terkena semburan ‘water jet’ semasa sesi raptai semalam.

Dia ditemui tidak sedarkan diri berhampiran water jet itu dan disahkan meninggal dunia di hospital kira-kira sejam selepas mengalami kecederaan di kepala.

Menurut polis, mesin pancuran air itu dilaporkan beroperasi ketika kejadian dan seorang lagi pekerja menyaksikan kakitangan lelaki itu menjenguk ke dalam silinder yang menyembur air.

Dilaporkan dia mengalami lebam otak.

Alat pemancut air itu diletakkan di bahagian bawah pentas dan direka untuk menyimbah air ke arah penonton. Kelajuan air yang dipancutkan ialah 120 kilometer sejam.

Polis sedang menyiasat kejadian itu kerana disyaki berlaku kecuaian sehingga menyebabkan kematian, lapor NTV News.

Waterbomb ialah festival muzik global yang akan mengadakan lebih banyak konsert di bandar-bandar di Korea Selatan dan Jepun. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI