fbpx

Wanita naik bot terkejut telefon bimbit ‘disamun’ ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita itu tergamam apabila seekor ikan menyambar telefon bimbit tersebut. - Twitter

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita ‘dirompak’ ketika sedang menaiki bot, lapor laman berita Suara.com.

Berdasarkan video dimuat naik dalam akaun Twitter @gusbaster87, dua wanita sedang bergambar ketika mereka dibawa menaiki bot.

Tiba-tiba, seekor ikan melompat melepasi dua wanita itu sambil menyambar telefon bimbit yang dipegang salah seorang daripada mereka.

Kedua-dua wanita itu kelihatan terkejut sebelum melihat ke belakang ketika bot itu dipandu pergi.

Tiga lelaki yang berada di belakang mereka hanya mampu melihat tanpa bertindak.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Hanya polis bikini bottom boleh mengesan suspek rompakan ini,” komen seorang netizen.

“Definisi pencuri tidak boleh ditangkap,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI