fbpx

RM9juta pasang 1,002 batang LED di 120 kampung Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika sidang akhbar selepas lawatan kerja di Kampung Baru Cina di Pulau Ketam. FOTO: Saddam Yusoff

KLANG – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukkan RM9 juta bagi pemasangan 1,002 batang lampu diod pemancar cahaya (LED) di 120 buah Kampung Baru Cina yang dijangka siap pada November ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, ini melibatkan peruntukkan sebanyak RM9juta bagi kampung-kampung tersebut yang berada di Kelantan, Pahang, Perak, Johor dan Selangor yang terletak dalam fasa pertama sebelum diteruskan ke negeri-negeri lain.

“Ada 613 Kampung Baru Cina di seluruh Semenanjung dan Pulau Ketam menjadi menjadi kampung pertama dengan mempunyai 10 lampu LED berjumlah keseluruhan RM90, 000.

“Ada empat buah negeri lain sedang dalam pertimbangan dengan pasukan teknikal berada di lapangan untuk tujuan penilaian kesesuaian lokasi pemasangan,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Kampung Baru Cina Pulau Ketam di sini, hari ini.

Pada lawatan itu, beliau turut mengumumkan peruntukkan keseluruhan RM1.01 juta menerusi program Sentuhan Kasih Sayang KPKT melibatkan baik pulih tapak pembuangan sisa pepejal, kerja perobohan dan pembinaan catwalk kayu kepada konkrit serta naiktaraf jambatan menuju ke seberang sungai dan Bagan Teow Chew.

Kor Ming menjelaskan, kontraktor yang telah mendapat kontrak pemasangan lampu LED itu turut memberikan jaminan lima tahun selepas lampu-lampu tersebut dipasang nanti.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu, KPKT telah meluluskan lebih 300 projek dalam sentuhan kasih sayang kementerian tersebut terutama melibatkan kemudahan asas awam.

“Ini termasuk naiktaraf pasar, taman rekreasi awam, penukaran lampu jalan, pelebaran sistem peparitan dan longkang. Ini semua selaras janji saya (ketika menjadi menteri) untuk kembali kepada kemudahan asas sebelum merancangkan kepada benda lain,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI