fbpx

Kadar tarif baharu Program GET berkuat kuasa 1 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi bercakap pada sidang akhbar mengenai Penambahbaikan Pelaksanaan Serta Penetapan Kadar Premium Baharu Program Green Electricity Tariff (GET) di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memutuskan tarif baharu bagi Program Tarif Elektrik Hijau (GET) ditetapkan pada kadar kadar 21.8sen/kWj (kilowatt jam) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kadar baharu itu dibuat berdasarkan kepada penanda aras penetapan harga runcit bekalan elektrik hijau di negara jiran yang menawarkan produk sama.

Beliau berkata, kadar tarif premium GET sedia ada iaitu 3.7sen/kWj akan dikekalkan dari 1 hingga 31 Julai ini.

“Pengguna yang melanggan Program GET juga tidak akan dikenakan caj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) kerana penjanaan daripada
sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) tidak melibatkan penggunaan bahan api fosil;

“Oleh itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melakukan penyesuaian terhadap bil elektrik bagi pengguna elektrik yang terlibat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Selain itu, katanya, had kuota 30 peratus langganan GET sebelum ini dimansuhkan dan pelanggan boleh melanggan sehingga dan tidak melebihi 100 peratus keperluan tenaga.

Nik Azmi berkata, hasil kutipan daripada pelaksanaan Program GET ini akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan peningkatan kapasiti baharu TBB dalam sistem pembekalan elektrik negara.

Menurutnya, dengan ketetapan ini, kerajaan berharap agar pengguna akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap Program GET sekali gus meningkatkan kapasiti baharu TBB dalam pembekalan elektrik negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI