fbpx

STPM: Hampir 80 peratus sekolah Perlis atasi GPS Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 13 pelajar cemerlang STPM 2022 diraikan di SMK Putra, di sini hari ini.

KANGAR – Perlis mencatatkan sejarah selepas tujuh daripada sembilan buah sekolah yang menawarkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi peringkat Kebangsaan iaitu 2.82.

Pengarah Pendidikan negeri, Naharudeen Othman berkata, tujuh buah sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Perempuan, 3.26; SMK Syed Alwi, 3.11; SMK Putra, 3.02; SMK Derma, 2.89; SMK Tengku Suleiman, 2.86; SMK Agama Arau, 2.83 dan SMK Perlis,2.82.

“Bagi kecemerlangan sekolah pula terdapat beberapa buah sekolah menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu SMK Putra serta SMK Syed Hassan (0.06 mata) manakala SMK Derma dan SMK Agama Arau (0.32 mata).

“Pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) pada tahun ini adalah 2.92, menurun sebanyak 0.09 berbanding 2021 namun masih lagi mengatasi peringkat kebangsaan,” katanya pada sidang akhbar di SMK Putra, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI