fbpx

Program Jualan Rahmah bergerak di Kolej Tingkatan Enam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (dua kiri) menyampaikan replika bantuan sumbangan e-wallet kepada salah seorang pelajar Kolej Tingkatan Enam di Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Program Jualan Rahmah bergerak berkemungkinan akan dilaksanakan di Kolej Tingkatan Enam, di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, ini sebagai langkah membantu para pelajar yang kebanyakan terdiri daripada keluarga B40.

Katanya, jualannya berdasarkan barangan keperluan harian termasuk penjagaan diri dan makanan.

“Mungkin kita akan laksanakan sebulan sekali dan kita akan bekerjasama dengan pihak industri yang ingin bersama-sama membantu,” katanya pada sesi dialog bersama pelajar Kolej Tingkatan Enam dan diploma kolej vokasional, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program outreach sara hidup dan aduan suri peringkat negeri Selangor di Hotel De Palma Resort, di sini.

Pada majlis tersebut seramai 372 pelajar Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz dan Kolej Vokasional Kuala Selangor menerima sumbangan e-wallet RM50 sebulan untuk tiga bulan berturut turut bagi membantu kos sara hidup mereka.

Dalam perkembangan berlainan, Fuziah berkata, akan memperluaskan program FoodBank dengan mengintegrasikan institut pengajian tinggi (IPT) bersama hotel.

Ujarnya, pemasangan mesin retort akan dibuat kepada hotel untuk proses pembungkusan itu dengan mempunyai penerima-penerima sedia ada.

“Selain itu, kita juga sedang meneroka pasar malam bagi program pembaziran makanan MYSaveFood sebelum diagihkan kepada golongan sasar.

“Pada bulan Ramadan lalu, kita berjaya menyelamatkan 25 tan makanan dan minumam bernilai RM281,000 melibatkan 55 bazar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI