fbpx

Minyak masak peket kumpulan sasar dijangka dilaksana tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tengah) bersama pelajar kolej tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional yang hadir pada program tersebut.

KUALA SELANGOR – Kerajaan dijangka melaksanakan pembelian minyak masak peket kepada kumpulan bersasar pada tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, seramai 5.8 juta isi rumah daripada B40 dan M40 telah dikenal pasti dan layak berada dalam kumpulan bersasar itu.

Katanya, kementerian juga akan menambah lagi hampir sejuta di kalangan peniaga mikro yang memerlukannya seperti penjual ayam gunting, pisang goreng dan keropok lekor.

“Sekarang kita telah mewujudkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu agensi di bawah Jabatan Statistik dengan semua data perlu dikemas kini dan dibersihkan.

“Data ini akan ada paling awal hujung tahun sebab sebelum ini data kita merata-rata seperti e-kasih, zakat. Kita ada anggaran 5.8 juta isi rumah dan dianggarkan hampir 1juta untuk peniaga mikro. Jadi mereka (peniaga) kena daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya selepas merasmikan Outreach Sara Hidup dan Aduan Suri Peringkat negeri Selangor, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan isu kekura­ngan minyak masak peket kembali menghantui pengguna berikutan barangan itu sukar didapati di premis perniagaan sejak minggu lalu khususnya di negeri utara Semenanjung.

Fuziah menjelaskan kuota minyak masak peket negara adalah 65,000 metrik tan sebulan yang bersamaan 60 juta peket sebulan.

“Kalau ikut kumpulan sasar mereka (peniaga mikro) tidak masuk, tetapi kita sedar bahawa para peniaga mikro ini memerlukannya, sebab itu kita tidak mengambil tindakan namun pengusaha restoran kita memang tidak dibagi.

“Lagipun, sistem sebelum ini subsidi pukal. Letak sahaja di pasar, sesiapa boleh beli termasuk T20 malah warga atau pekerja asing,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaan itu bagaimanapun berkemungkinan akan dilakukan selepas pembelian minyak diesel dan RON 95.

“Sebab kalau tengok bahan bakar subsidi seperti diesel, RON95 serta gas petroleum cecair (LPG), kita membelanjakan subsidi sebanyak RM30 billion tahun lalu.

“Minyak masak pula RM2.4billion. Jadi, dari segi keutamaan lambat sikit. Namun KPDN bertanggungjawab dalam minyak masak ini dan kita boleh memberikan tumpuan berbanding diesel dibawah Kementerian Kewangan (MOF),” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI