fbpx

KPM jenamakan tingkatan enam kepada Kolej Pra-Universiti KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bergambar bersama pelajar cemerlang pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2022 di Majlis Peperiksaan Malaysia hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

SELAYANG – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjenamakan semula Kolej Tingkatan Enam kepada Kolej Pra-Universiti KPM dengan jawatan pengetua akan ditukarkan kepada istilah pengarah.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu diambil selaras dengan usaha KPM untuk menjenamakan semula sistem pendidikan tingkatan enam di semua sekolah di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Jelas Fadhlina, selain pengetua, istilah guru penolong kanan akan ditukarkan kepada timbalan pengarah, manakala guru kepada pensyarah dan murid menjadi pelajar.

Malah, katanya, semua pengetua akan diberikan autonomi (kuasa) pengambilan pelajar tingkatan enam secara terus sekiranya masih terdapat kekosongan.

“Tawaran ke tingkatan enam sebelum ini melalui KPM dan mungkin kita terlepas pandang. Mungkin ada yang berpotensi dan mahu menyambung pengajian tetapi tiada peluang.

“Justeru, kita berikan autonomi kepada pengarah untuk kenal pasti sendiri pelajar di lokaliti masing-masing.

“Jadi, pengetua boleh kenal pasti pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung boleh gunakan kuasa untuk membuat tawaran sendiri kepada mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ‘Malaysian University English Test’ (MUET) serta Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) 2022 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI