fbpx

22 Cabang AMK Selangor diarah lapor polis ke atas Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Izuan (tengah) menunjukkan laporan polis dibuat di IPD Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Sebanyak 22 Cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor diarah membuat laporan polis berhubung kenyataan Datuk Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Ketua AMK Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Kedah ketika berucap dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Selayang itu disifatkan sebagai melampau dan mempermainkan isu 3R (agama, raja dan kaum).

Tegas beliau, perkara seumpama itu perlu dihentikan dan ahli politik sepatutnya menggunakan dasar atau polisi kerajaan sebagai modal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Sehingga malam ini, dianggarkan sekitar 35 laporan polis akan dibuat termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini.

Justeru, Muhammad Izuan meminta agar pihak polis menjalankan siasatan terperinci berdasarkan peruntukan undang-undang ditetapkan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI