fbpx

Bah Mail hilang sejak Ahad dicari keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis bersama penduduk kampung melakukan operasi mencari mangsa yang hilang di sekitar kawasan hutan berhampiran.

LIPIS – Seorang warga emas Orang Asli hilang selepas keluar daripada rumahnya di Kampung Chekai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau dekat sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa Bah Mail Pak Gendet, 76, dilaporkan keluar dari rumahnya pada pukul 8 pagi Ahad lalu.

“Seorang penduduk kampung Karim Andong berusia 51 tahun serta jiran mangsa telah keluar mencari di sekitar kampung dan kawasan hutan berdekatan setelah menyedari mangsa tidak pulang dan masih gagal menemuinya.

“Susulan kejadian ini penduduk kampung telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan pada pukul 4.15 petang kelmarin kerana bimbang keselamatan mangsa yang juga menghidap penyakit darah tinggi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, polis telah melakukan operasi mencari dan menyelamat bersama orang kampung bagi menjejaki mangsa di tempat kejadian

“Operasi SARS masuk hari kedua semalam dan mangsa masih belum dijumpai dan usaha mencari akan diteruskan dengan bantuan orang orang kampung,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI