fbpx

Maguire dilucut tugas kapten Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE tidak akan lagi diberikan peranan sebagai kapten United ekoran kegagalannya untuk menembusi kesebelasan utama United. - AFP

LONDON – Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire hampir pasti akan kehilangan ‘jawatan’ sebagai ketua pasukan itu musim depan selepas membuat keputusan untuk terus kekal di Old Trafford.

Pemain antarabangsa England itu hanya membuat lapan penampilan dalam kesebelasan utama United musim lalu, malah gagal menarik perhatian pengurus, Erik Ten Hag yang lebih gemar menggunakan Luke Shaw, Lisandro Martinez, Raphael Varane dan Victor Lindelof.

Ten Hag juga sebelum ini mengakui bahawa Maguire tidak berada dalam rancangan jangka panjang kelab itu sekali gus bakal menyaksikan dia akan kehilangan lilitan lengan sebagai ketua pasukan untuk saingan musim depan.

Menurut satu laporan, Ten Hag akan membuat keputusan melucutkan peranan itu daripada Maguire secara rasmi pada minggu ini dan tugas itu akan diberikan kepada ‘playmaker’ Bruno Fernandes secara tetap.

Musim lalu menyaksikan Fernandes sudah memikul tugas tersebut hampir untuk sebahagian besar perlawanan apabila Maguire gagal menembusi kesebelasan utama The Red Devils.

Ten Hag juga mungkin perlu memilih seorang lagi pemain yang mampu menjadi penolong kapten pasukannya selepas seorang lagi pemain yang biasa diberikan tugas itu, David De Gea telah sah meninggalkan Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI