fbpx

Lelaki 35 tahun diberkas bersama samsu tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA arak tiruan dan peralatan yang dirampas dalam operasi ke atas sebuah premis di Skudai, Johor Bahru, Ahad lalu.

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menumpaskan kegiatan sindiket memproses arak tiruan dalam satu serbuan di sebuah premis di kawasan Skudai di sini Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M. Kumar berkata, dalam serbuan dilakukan pada pukul 10.30 malam itu, seorang lelaki berusia 35 tahun turut diberkas.

“Hasil maklumat risikan yang diperolehi, pasukan PPM Wilayah Dua berjaya mengesan kegiatan haram satu sindiket dipercayai memproses dan menjual arak tiruan di sekitar negeri ini.

“Serbuan dilakukan dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun di premis terbabit.

“Turut dirampas adalah sejumlah besar kotak mengandungi arak tiruan serta peralatan yang digunakan untuk memproses arak terbabit,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata, peralatan dan minuman keras yang dirampas dianggarkan bernilai RM241,000.

Katanya, suspek direman selama 14 hari bermula semalam (10 Julai) sehingga 24 Julai ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut disiasat dibawah Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dengan peruntukan hukuman denda RM50,000, jika sabit kesalahan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI