fbpx

Juventus tarik diri aksi Liga Konferens Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS sah menarik diri daripada aksi Liga Konferens Europa musim depan bagi menyusun semula pentadbiran kelab itu. - AFP

TURIN – Juventus dilaporkan bersedia untuk menarik diri daripada bersaing di pentas Eropah pada musim baharu nanti ekoran beberapa isu termasuk pelanggaran Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang menyelubungi mereka.

Gergasi Serie A itu tidak pernah sunyi daripada kontroversi apabila mereka tersingkir ke Serie B pada 2006 akibat skandal mengatur perlawanan, malah pada Mei lalu dipotong 10 mata ekoran menyembunyikan rekod kewangan dalam urusan perpindahan pemain.

Hukuman pemotongan mata tersebut menyebabkan mereka yang berada di kedudukan kedua Serie A ketika itu tergelincir dan hanya menamatkan saingan musim lalu di tempat ketujuh dan layak untuk beraksi di Liga Konferens Europa.

Bagaimanapun, kelab tersebut dilaporkan sudah mencapai kata sepakat bersama Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk menarik dari daripada menyertai saingan berkenaan untuk mengelak daripada pelanggaran FFP sekali lagi sehingga menjejaskan peluang mereka beraksi di Liga Juara-Juara pada musim berikutnya.

Pihak pengurusan baharu Juventus dipercayai mahu menyusun semula pentadbiran kelab berkenaan dan enggan dibebani dengan masalah lebih besar dalam usaha menumpukan perhatian terhadap saingan domestik.

Musim lalu menyaksikan Juventus gagal memberikan aksi terbaik apabila mereka tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan ekoran berdepan lima kekalahan daripada enam perlawanan termasuk tewas memalukan kepada Maccabi Haifa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI