fbpx

Ahli perniagaan wanita didakwa terima wang deposit setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (tengah) diiringi anggota polis dan peguamnya, Andrew selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang ahli perniagaan wanita berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menerima deposit wang pelaburan berjumlah lebih setengah juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh Noryani Abdullah,56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejuruh dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail
dan Darmafikri Abu Adam.

Mengikut kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menerima deposit wang pelaburan daripada penama Fatimah Abdullah, 61, berjumlah keseluruhan RM581,000.

Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Maybank tertuduh untuk tujuan perniagaan pelaburan tanpa suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh antara 8 Januari 2020 sehingga 26 Oktober 2020 dan 16 Februari 2021 sehingga 24 September 2021 di Maybank Cawangan Jalan Hang Tuah dalam daerah Melaka Tengah.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-dua sekali, bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal serta Aliff Asraf Anuar Sharuddin masing-masing menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dan RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Andrew Lourdes yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh tidak bekerja dan mempunyai masalah kesihatan termasuk diabetes, hipertensi, dan penglihatan kurang jelas, selain mempunyai enam anak.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM45,000 dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Mohd. Sabri dan Darmafikri bersetuju menetapkan tarikh sama 11 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI