fbpx

Projek tukun bebola Sarawak terpanjang di dunia diiktiraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barber (lima kiri) menyampaikan sijil kepada Zaidi (tiga kanan) sambil disaksikan oleh Abang Johari (empat kanan), Len Talif (empat kiri), Wilson (dua kiri) serta yang lain.

KUCHING – Kejayaan Sarawak melaksanakan projek tukun bebola terpanjang di dunia iaitu sepanjang 746 kilometer mendapat pengiktirafan daripada Yayasan Tukun Bebola USA, hari ini.

Sijil dan plak pengiktirafan itu disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Tukun Bebola USA, Todd Ryan Barber kepada Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datu Zaidi Mahdi, yang menerima pada bagi pihak Kerajaan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini dengan turut disaksikan oleh Abang Johari.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Zolkipli Mohamad Aton menyifatkan pengiktirafan itu sebagai bukti kepada kepimpinan berwawasan Kerajaan Sarawak di bawah Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan komitmen tinggi terhadap amalan mampan serta perlindungan kepelbagaian biologi marin Sarawak.

Menurutnya, di bawah fasa pertama Projek Tukun Bebola Sarawak, sejumlah 16,800 tukun bebola diturunkan di sepanjang perairan negeri ini dari 2018 hingga 2022 iaitu sepanjang 746km.

“Sebanyak 23,500 tukun bebola telah ditempatkan di perairan Sarawak dari 1998 hingga 2022,” katanya.

Beliau turut menyifatkan sokongan kerajaan dan kepimpinan berwawasan Premier telah memainkan peranan penting dalam membolehkan SFC sebagai agensi pelaksana berjaya melaksanakan projek seperti Projek Tukun Bebola Sarawak, yang kini telah menetapkan penanda aras global sebagai projek tukun tiruan terpanjang.

Peruntukan RM70 juta untuk Projek Rakyat Fasa 1, bersama tambahan RM30 juta untuk Fasa 2 (2023-2027) menggariskan lagi dedikasi kerajaan dalam usaha berkenaan.

Objektif projek itu adalah untuk meningkatkan sumber perikanan, menawarkan peluang dalam eko-pelancongan berasaskan marin seperti selaman skuba dan sukan memancing, serta membangunkan projek perintis marikultur karang sebagai peluang ekonomi baharu yang berpotensi di Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI