fbpx

PN Perak gesa Guan Eng disiasat di bawah SOSMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PN Perak mengadakan bantahan terhadap kenyataan Guan Eng yang disifatkan sebagai satu provokasi melampau dan berunsur fitnah di Ipoh hari Ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Perikatan Nasional (PN) Perak menggesa Lim Guan Eng disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berikutan kenyataan biadapnya yang menyentuh isu berkaitan agama, Raja dan kaum (3R).

Ketua Pemuda PN Perak, Mohd. Hafez Sabri berkata, kenyataan Pengerusi DAP itu yang mendakwa gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan bukan Islam berdepan pelbagai sekatan merupakan satu provokasi melampau dan berunsur fitnah.

Malah katanya, tindakan Guan Eng itu juga disifatkan sebagai terdesak bukan sahaja untuk menjatuhkan pihak lawan malah menakutkan kaum bukan Melayu terhadap Pas dan PN.

“Kami mengecam penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng di mana PN akan memusnahkan tokong jika berjaya memerintah Pulau Pinang.

“Kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP itu bercanggah dengan kenyataan pemimpin Kerajaan Perpaduan yang kononnya lantang dalam isu yang menyentuh agama, Raja dan kaum,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurut Hafez, tindakan tegas perlu diambil terhadap Ahli Parlimen Bagan itu berikutan kenyataan beliau boleh mencetuskan api perkauman dan perbalahan antara kaum.

Katanya, ucapan Guan Eng juga tersasar jauh dan jelas merupakan satu agenda jahat untuk menakut-nakutkan orang bukan Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI