fbpx

Leonardo DiCaprio, Gigi Hadid kembali terjalin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEONARDO DICAPRIO (kiri) GIGI HADID (kanan)

AKTOR Leonardo DiCaprio dan model jelita, Gigi Hadid kembali dilihat meluangkan masa bersama, sekali gus mencuri perhatian peminat global.

Pasangan itu dilihat sedang gembira menghadiri sebuah pesta di The Hamptons, New York Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Bukan hanya semalaman, DiCaprio dan Hadid dilihat berada di pesta yang sama untuk dua hari berturut-turut. Lebih mencuri perhatian apabila pasangan itu kelihatan sangat mesra dan menari bersama-sama.

Hubungan DiCaprio dan Hadid sebelum ini tidak menjadi dan masing-masing membawa haluan hidup sendiri.

Biarpun tidak mendapat restu daripada keluarga dan peminat kerana faktor perbezaan usia, model berusia 28 tahun itu tidak kisah menjalinkan hubungan dengan aktor yang kini berusia 48 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI