fbpx

Lelaki sebabkan kematian penunggang Ducati diperintah jalani ujian psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mudzyadaha ketika dibawa anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini.

AMPANG – Seorang lelaki yang tular menunggang motosikal secara melawan arus hingga mengakibatkan penunggang motosikal Ducati Panigale maut, di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), diperintah oleh Mahkamah Majistret di sini menjalani ujian psikiatri di Hospital di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Majistret Amalina Basirah Md. Top memerintahkan demikian terhadap Mudzyadaha Mohammad, 42, selepas tertuduh mengaku tidak bersalah terhadapnya pertuduhah yang dibacakan ke atasnya selain membenarkan permohonan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
Izleen Ismail mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mengikut pertuduhan, Mudzyadaha didakwa sebagai penunggang motosikal telah menunggang motosikalnya dengan cara melawan arus jalan yang mana setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan merbahaya kepada orang awam telah menyebabkan kematian terhadap penunggang motosikal Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64,.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuh Raya SUKE di sini pukul 1.10 tengahari pada 14 Jun lalu (2023).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah peruntukkan akta sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, semasa prosiding peguam itu memaklumkan tertuduh merupakan seorang pesakit mental yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Semasa kejadian, tertuduh tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran secara berlawanan arus jadi saya pohon pada mahkamah membenarkan untuk tertuduh menjalani ujian psikiatri dibawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,” kata peguam itu.

Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran tidak membantah dengan permohonan peguam tersebut.

“Disebabkan tertuduh mengaku tidak bersalah, dan permohonan peguam untuk tertuduh menjalani ujian pskiatri, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” kata Annur.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Amalina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RN10,000 dan pada masa sama tertuduh menjalani ujian psikiatri.

“Syarat lain, tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan lesen memandu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai,” kata Majistret Amalina.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Ogos ini bagi sebutan semula kes dan laporan pskiatari tertuduh.

Pada 14 Jun lalu, Kosmo! melaporkan, seorang penunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat Lebuh Raya SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, telah menyebabkan mangsa melanggar penghadang sebelah kiri jalan lalu terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian lebih kurang 30 Meter.

Selain itu, motosikal yang ditunggang mangsa juga terseret ke tengah jalan dan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) Sungai Klang.

Ekoran kemalangan itu, suspek yang menunggang motosikal secara lawan arus mengakibatkan kemalangan maut di SUKE sudah tampil membuat laporan pada 16 Jun lalu.

Siasatan polis mendapati, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu menunggang secara demikian kerana tersesat lalu mengambil keputusan menaiki jejambat lebuh raya SUKE untuk ke rumahnya di Kajang.

Sejurus selepas kejadian, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kemalangan maut penunggang motosikal berkuasa tinggi di melibatkan kemalangan itu, telah diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diteliti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI