fbpx

Jurutera rugi RM11,530 ditipu pembelian tiket konsert Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Keterujaan seorang jurutera di sini untuk menyaksikan konsert Taylor Swift tidak kesampaian apabila menjadi mangsa penipuan penjualan tiket sehingga menyebabkannya mengalami kerugian sebanyak RM11,530.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, pada 6 Julai lalu, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu melihat iklan penjualan tiket konsert Taylor Swift di laman Carousell dan berminat membeli tiga tiket dengan harga berjumlah RM11,530.

“Mangsa kemudian membuat pembayaran di sebuah bank di bandar raya Kuching dengan memasukkan tiga kali transaksi pembayaran kepada akaun bank yang diberikan suspek.

“Bagaimanapun, setelah transaksi pembayaran dilakukan, suspek terus tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa yang menyedari dirinya ditipu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara, Mohd. Azman berkata di Miri, seorang eksekutif sebuah syarikat minyak kerugian sebanyak RM106,737 setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud.

Katanya, pada 2 Julai lalu, wanita berumur dalam lingkungan 30-an itu telah menerima mesej melalui Whatsapp mengenai iklan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan daripada nombor yang tidak dikenali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI