fbpx

Penganggur didakwa buat hantaran jelik terhadap Keluarga Diraja Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REYMI dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan jelik terhadap Keluarga Diraja Johor, dua tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat kenyataan jelik menghina Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor, dua tahun lalu.

Tertuduh, Reymi Abdul Rahim, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V.M. Mabel Sheela.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, tertuduh menerusi akaun twitter miliknya secara sedar telah membuat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu telah dibaca seorang pengadu di sebuah pejabat di Kota Southkey, Johor Bahru pada pukul 12 tengah hari, 8 Oktober 2021.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nurhazneena Zureen Mohamad Hanafiah memohon jaminan dikurangkan kerana tertuduh tidak bekerja.

“Selain itu, tertuduh juga masih menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail kerana mempunyai ‘schizophrenia with depression’,”katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta menetapkan tarikh 21 Ogos ini bagi sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI