fbpx

Nak jaga bayi luar nikah, baiknya Afdlin Shauki!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFDLIN SHAUKI

BARU-BARU ini, Diva tersenyum lebar saat membaca satu ciapan Afdlin Shauki apabila menawarkan diri mahu menjaga mana-mana bayi yang tidak mahu dijaga keluarga sendiri.

“Ada orang yang nak saya jaga bayi mereka sebab tidak mampu atau malu? Jangan buang atau bunuh bayi itu. Biar saya jaga! Mesej kalau ada, saya nak jaga,” katanya dalam satu ciapan Twitter.

Katanya, menamatkan riwayat seorang bayi tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah.

Ciapan bapa kepada tiga cahaya mata itu mahu membantu individu memerlukan membuatkan ramai peminat memuji usaha serta keikhlasannya.

Menjengah dalam ruangan komen puls rata-rata netizen berharap inisiatif Afdlin mengurangkan kes yang masih berleluasa di negara ini dapat dipermudahkan.

“Tahniah Abang. Semoga Allah merahmati segala usaha murni ini,” kata seorang netizen.

“Usaha yang sangat baik Afdlin. Semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu,” luah seorang pelayar laman sosial lain.

Terkedu juga Diva baca ciapan ini tetapi dalam hati memang melambung-lambung pujian diberikan kepada Afdlin.

Siapa saja yang sanggup jaga anak orang lain dengan rela hati tetapi lain pula yang diinginkan Afdlin. Jadi, jangan malu kalau nak serah bayi kepada Afdlin sekiranya tidak mampu ya.

DIVA: Banyak betul konsert yang bakal berlangsung bermula minggu depan. Pengsan nak pilih baju #ootd konsert!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI